KUALA LUMPUR: Menitis air mata seorang ibu yang lumpuh apabila menyedari dirinya ditinggal terbiar oleh anak tunggalnya di sebuah hotel bajet di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, di sini, sejak empat hari lalu. Dia kini dijaga kakitangan hotel berkenaan yang membantunya menguruskan diri termasuk mandi dan mengganti lampin pakai buang selepas anaknya gagal dikesan. Warga emas itu mulanya tinggal bersendirian di kampungnya di Johor, tetapi sejak sebulan lalu anaknya yang masih bujang membawanya ke ibu kota. Faridah Maulud, 66, yang keseorangan ditemui pekerja hotel dalam keadaan meniarap di lantai ketika memeriksa bilik disewa anaknya selepas lelaki berusia 27 tahun itu gagal menjelaskan bayaran empat hari hingga menimbul tanda tanya kepada pengurusan hotel. Ketika ditemui Harian Metro semalam, warga emas itu kelihatan lemah dan tidak bermaya serta berkali-kali memaklumkan dia ingin ke rumah kebajikan kerana tidak mahu menyusahkan staf hotel yang membantunya.
* * * * * * *
Assalamualaikum Warahmatulla Hiwabarokatu' dan pe kabar smua?
Alhamdulillah, kte masih diberikan sedikit kesempatan waktu, dari Yang Maha Kuasa tuk bernafas di atas muka bumi ini, masih diberikan sedikit rezeki tuk saling mensyukuri dan masih diberikan ruang tuk saling nasihat, menasihati. Segala Puji Layak Bagi Allah (S.W.T).
pagi td, sempat gak la duk belek-2 cerita, terjumpa satu artikal dri harian metro tentang kisah seorang ibu. katanya, ibu itu ditinggalkan keseorangan di dlm sebuah blik di ibu kota. agak tersentuh hati kecil ni, sbb seorang ibu yg lumpur, dibiarkan sendirian. ikotkan hati, mmg marah bila bc isu ni, tp ble pk balik, mungkin si anak ad sebab-2 tertentu. mungkin si anak ad masalah? di culik? di bunuh? xsiapa pun yg tahu, hanya Allah Yang Maha Mengetahui segalanya. tp jika sebaliknya, kte sbgai hamba Allah, jgn la cepat meletak hukum, sesungguhnya Allah itu Hakim Yang Adil , Lagi Bijaksana.

ibu dan ayah adalah anugerah daripada Allah, xsmua dpt merasai peluang ini. Nabi Muhammad (S.A.W), dari kecil, sudah menjadi yatim piatu. inilah hikmah Allah kpda smua hamba ciptaan-Nya. tp, syg, xsmua yg menghargai anugerah yg Allah beri ni. kte sbuk bicara, anak itu anugerah Allah, ya. Allah anugerahkan anak kpda setiap pasangan yg mendirikan rumah tangga, tp dapatkah kte byangkan nasib si ibu dn ayah apabila si anak membesar kelak? lihat di dada akhbar, acapkali bercerita tentang anak derhaka, anak tidak mengenang jasa, anak bunuh ibu dn pelbagai lg. adakah anak itu satu anugerah yg benar-2 disanjung? subahanallah. Allah Lebih Maha Mengetahui.

Allah anugerahkan setiap hamba-Nya dgn akal. tempatnya paling tinggi, di atas kepala, tp syg, xsmua yg menghargai pemberian Allah ini. lihat binatang, ia juga ciptaan Allah, wlaupon ia hanya binatang, tidak mempunyai akal, tetapi tanggungjawab sbgai makhluk Allah, mereka laksanakan. lihat bgaimana si ibu dan anak? penuh kasih syg. segarang harimau itu pn, masih punya rasa sayang pd anaknya. tp kte? manusia? nilainya? lebih teruk dari makhluk Allah yg tidak berakal. malulah pd diri kte sendiri! Allah jadikan kte ini, sebaik-2 makhluk! kte xmalu ke pd Allah?
bagi ibu dan bapa, anak itu adalah anugerah dari Allah, xsmua dpt merasai smua ini. bg mereka, anugerah Allah itu adalah tanggungjawab yg harus mereka pikul, si ibu, menanggung beban selama 9 bulan, si ayah mencari rezeki, siapkan tempat tinggal, kamar utk kte, tp apabila kte sudah mengenal dunia, mereka ditinggal-tinggalkan. mari kte bc sebuah kisah, yg terjadi pd zaman Rasulullah (S.A.w) ketika baginda masih hidup.
kisah Wail bin Khattab dapat dijadikan pengajaran buat kte smua. Wail bin Khattab ini terlalu mencintai isterinya sehingga sanggup membelakangi ibunya sendiri. Wail selalu mencaci ibunya malah lebih percaya dengan apa yg dikatakan oleh isterinya sendiri walapon kadang-2 ianya hanya satu fitnah.
saat menghadapi kematian, dia mengalami penderitaan sakit yang tidak terhingga. ia mengelupur mengeluarkan keringat dingin yang membasahi seluruh badan, mati tidak, sembuh pun tiada harapan. selama berpuluh-puluh hari di berada dlm keadaan demikan, matanya menjadi merah menyala, mulutnya terbuka lebar tetapi kerongkongnya tersumbat sehingga tidak terdengar jeritan, kaki dan tangannya kaku.
para sahabat menunggu saat kematian, namun tidak tiba. mereka bersilih ganti mengajar Wail mengucap kalimah syahadah, namun semua menenui jalan buntu. akhirnya, seorang sahabat, Ali bin Abi Talib menemui Nabi Muhammad (S.A.W) utuk menceritakan keadaan Wail. Nabi Muhammad (S.A.W) meminta ibu Wail dijemput menemui baginda. Nabi Muhammad (S.A.W) ingin mengetahui bagaimana keadaan dan perlakuan Wail terhadap ibunya sebelum sakit.
apabila ditanya, ibu Wail menceritakan bahawa anaknya itu sentiasa mencaci maki lantaran hasutan isterinya. dia percaya dan mengikut apa saja yg dikatakan oleh isterinya tanpa usul periksa. ini menyebabkan ibunya berasa sakit hati kepadanya. Nabi Muhammad (S.A.W) memujuk ibu Wail supaya segera mengampuni dosa anaknya yg derhaka, tetapi ibunya tetap berkeras tidak mahu memaafkan Wail dan dia berkata, airmatanya belum kering lantaran perbuatan Wail yang menyakiti hatinya.
melihat keadaan itu, Nabi Muhammad (S.A.W) termenung seketika, kemudian Baginda mengarahkan para sahabat mengumpulkan kayu api untuk membakar Wail hidup-hidup. Nabi Muhammad (S.A.W) menyatakan, jika ibu Wail tidak memaafkan dosa anaknya, Wail akan menderita dalam menghadapi maut dalam jangka waktu yang tidak pasti.
mendengar kata-kata Baginda, ibu Wail segera berkata "..Wahai Rasullullah, jangan dibakar dia, Wail anakku, ak telah ampuni dia dan kesalahannya telah ak maafkan.." menurut sahabat, sebaik sahaja Wail diampunkan oleh ibunya, wajahnya mula berubah dan akhirnya Wail dapat mengucap kalimah syahadat dan menghembuskan nafas terakhirnya.
lihat? begitu besarnya darjat ibu dan bapa kte disisi Allah. sehinggakan keredaan Allah, terletak kpda keredaan ibu dan bapa kte. jdi, teladanilah kisah Wail bin Khattab dan insafilah diri kte sndiri. sentiasa berdoa semoga Allah sentiasa melindungi kte dari sbrang musibah dn kepesongan hati supaya kte tidak leka dengan dunia, harta, isteri mahupun anak sehingga sanggup menderhakai kpda ibu dan bapa kte sndiri. ingat, rahim ibu itu yg mengeluarkan kte ke dunia, ingat, tangan ayah itu yg mencari rezeki. buruk mana pon mereka, setua mana pon, senyayok mana pon, ingat! darjat mereka bgitu tinggi di sisi Allah.
Abu Hurairah radhiallahu 'anh berkata; Seorang lelaki datang
menemui Rasulullah(S.A.W) dan bertanya:
“Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ayah kamu.”
fareezsaidin: semoga Allah mengolongkan kte bersama orang-orang yg sentiasa mendapat rahmat dan peliharaan dari Allah dan semoga Allah sentiasa membimbing kte ke jalan yang benar lagi lurus. Amin Yarobbal Alamin.
- Follow Us on Twitter!
- "Join Us on Facebook!
- RSS
Contact